Program Kesedaran Pencegahan Kebakaran

22 September 2018 | Aktiviti Terkini

Tajuk : Program Kesedaran Pencegahan Kebakaran
Tarikh : 21 September 2018
Masa : 3.00 PM – 5.00 PM
Lokasi : Bilik Latihan, PI Semenyih, Kampung Pasir Baru

Tujuan: Seramai 24 orang telah menghadiri program kesedaran pencegahan kebakaran yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Semenyih dengan kerjasama Pertubuhan Pencegah Kebakaran. Peserta telah didedahkan tentang perkara asas yang boleh menyebabkan kebakaran serta langkah-langkah pencegahan dan cara menanganinya. Peserta juga telah diberi penerangan tentang pentingnya alat-alat keselamatan seperti alat pemadam api, penggera asap dan fire blanket.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali